Thursday, September 9, 2010
MALANG TIDAK BERBAU
Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 2.30 petang di mana kemalangan tersebut melibatkan sepasang suami isteri dan seorang pemuda yang berusia dalam lingkungan 20 an. Ini merupakan pengalaman pertama saya menyaksikan secara lansung kemalangan yang melibatkan motorsikal. Sungguh kasihan saya melihat pasangan suami isteri tersebut yang mana si suami terlibat dengan patah tulang tibia dan si isteri pula pada pandangan saya kemungkinan dislocate manakala lelaki yang berusia 20 an badan beliau bercalar-balar.
"Sediakan payung sebelum hujan", satu pengajaran saya dapat belajar daripada kejadian ini walaupun bantuan tersebuat amat kecil. Benarlah kata penceramah "First Aid Class" yang saya ikuti bahawa kain pembalut seti tiga atau kain anduh kalau boleh hendaklah sentiasa berada dalam kenderaan anda kerana mungkin ia sangat perlu dalam sesebuah kemalangan.
Walaupun kain ini nampak remeh temeh tetapi ia dapat membatu lebih-lebih lagi yang melibatkan patah tulang atau melibatkan pendarahan terbuka kerana ia boleh mengurangkan pendarahan dan pergerakan sebagai contoh kecederaan atau luka yang melibatkan kepala, tangan, dan juga kaki.
Pada masa kejadian, si suami telah kekejangan tangan memengang atau menahan pendarahan di kakinya dan meminta tolong jika sesiapa ada kain untuk mengurangkan pendarahan tersebut, dan saya tersentak kerana tidak dapat membekalkannya kain untuk membalut atau mengurangkan pendarahan tersebut. Daripada sini saya mempelajari sesuatu bahawa penting kita sentiasa membawa kain segi tiga atau andu sebagai persiapan.
Satu lagi perkara yang menarik tentang kejadian ini adalah tidak kira kaum melayu, cina atau india semua telah datang memberikan bantuan. Sebagai contoh saya lihat seorang lelaki india telah menolong dengan mengawal lalulintas agar penunggang motorsikal tidak mengurangkan kelajuan dan tidak melanggar mangsa yang sedang duduk di atas jalan. Seorang lelaki cina telah datang kepada saya meanyakan jika sudah menelefon ambulans atau tidak kerana dia ingin memberikan bantuan juga dengan menelefon ambulans.
akhir sekali John telah menggantikan india tersebut mengawal lalulintas sehinggahlah ambulans sampai dan mangsa di bawa ke hospital.. Apa-apa pun takziah kepada mangsa kerana menerima ujian sebegini lebih-lebih lagi dekat dengan musim perayaan di mana mangsa pun akan turut menyambutnya. Saya doakan semoga mangsa cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan seharian dengan gembira di samping keluarga..
SELAMAT HARI RAYA
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua muslimin dan muslimat.. mohon maaf zahir dan batin.
Kepada kawan-kawan kelas, raya-raya jugak tapi jangan lupa buat assigment dan saya doakan semua gembira di hari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai.
Kepada sahabat-sahabat PERLU sama ada ahli atau alumni, saya harapkan juga kalian semua gembira dan berbahagia di samping keluarga tercinta masing-masing.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Monday, September 6, 2010
AKU INGIN BERSAMA - SAMANYA
Serupa tubuh yang mengakar,
Setiap nafas yang terhembus adalah kata,
Angan, debu dan emosi bersatu dalam jiwa berpautan,
Tangan kita terikat,
Lidah kita menyatu,
Maka setiap apa yang terucap adalah sabda pendita ratu,
Ahhhhh di luar pasir, di luar itu debu,
Hanya angin meniup saja lalu terbang hilang tak ada,
Tapi kita tetap menari,
Menari Cuma kita yang tahu,
Jiwa ini tandu maka duduk saja,
Maka akan kita bawa semua,
Karna kita adalah satu…
p/s: Dedikasi untuk semua ahli dan alumni PERLU, semoga persahabatan dan keakraban kita berkekalan hingga ke akhir hayat... TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT-SAHABATKU.........
BIJAK MERANCANG
Bukan sahaja syarikat, dalam kehidupan seharian juga kita kena bijak dalam merancang lebihlebih lagi sekarang ini musim perayaan. Kita kena bijak merancang dengan membeli atau menggunakan sesuatu itu ikut kemampuan kita, jagan main ikut perasaan kerana buruk padahnya. Bukan sahaja perancangan kewangan, perancangan masa untuk membeli keperluan ataupun barang kegunaan untuk hari raya juga penting. Sebagai contoh kita merancang masa yang mana pada masa kita pergi membeli-belah tidak ramai orang yang membeli sama atau sesak agar memudahkan atau memberi kita keselesaan dalam memilih atau membeli keperluan hari raya.
Perancangan perjalanan balik kampung juga amat penting untuk memastikan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Sebagai contoh perancangan dalam perjalanan adalah dengan memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan, memilih masa yang sesuai untuk balik kampung, memandu dengan perlahan dan berhati-hati, serta mempunyai rehat yang secukupnya. Ini semua amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan serta berjumpa dengan orang yang tersayang dengan selamat.
Sebagai kesimpulannya, bijak merancang amat penting untuk membantu tidak kira dalam kehidupan seharian ataupun syarikat terus maju dan berjaya. Tanpa perancangan kita sesuatu majlis itu akan menjadi huru-hara atau tidak teratur dan ini akan memberikan tanggapan yang serong atau tidak elok daripada para tetamu. SELAMAT MERANCANG
Sunday, September 5, 2010
KALAU GURU
Kalau guru tidak bersedia, dalam kelas banyak bercerita.
Kalau guru sentiasa sibuk, murid di kelas hiruk pikuk.
Kalau guru sentiasa marah,murid keluar tak tentu arah.
Kalau guru tak sukakan pelajar,tidak berkat ilmu yang diajar.
Kalau guru tidak galak mencuba,murid sekadar asyik menerima.
Kalau guru ada kepandaian, bantulah dia dengan kemudahan.
Apa guna menjadi guru, kalau fikiran masih bercelaru.
Apa guna menjadi pelajar, kalau masih berkurang ajar.
Saturday, September 4, 2010
SELAMAT BERCUTI
kebetulan tadi saya melalui stesen bas sek 17 shah alam, keadaan begitu sesak dengan para penumpang menunggu bas masing-masing dan ada yang datang 2 jam lebih awal semata-mata takut ketinggalan bas untuk pulang ke kampung halaman. Apa-apa pun saya ucapkan selamat bercuti kepada semua warga UiTM tidak kira di mana kampung halaman anda dan apabila balik kampung berhati-hatilah di jalan raya dan semoga anda selamat sampai dan kembali ke desnitinasi yang dituju.