Tuesday, August 25, 2009

SEKALI LAGI


Pada hari jumaat ini 28/08/09 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1430 Hijrah, Persataun Pembimbing Rekreasi Luar UiTM dengan kerjasama Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar Selangor dan TEAM TACT akan mengadakn majlis berbuka puasa bertempat di pool UiTM
Kepada semua alumni, ahli, sahabat, kawan, teman, rakan, dan sesiapa sahaja yang mahu datang sangat di alu-alukan kedatangan anda. so kita jumpa di sana...
p/s datang jangan tak datang kerana sekali lagi kita akan masuk dalam paper.hehehehehe..... rugi wooooooo tidak datang

Saturday, February 21, 2009

DEWAN KULIAH 1

pagi tdi saya bersama empat lagi sahabat dari PERLU (mubin, syuk, amir & tengku) telah berpeluang menambah ilmu tentang First Aid dimana kami telah berpeluang mengikuti seminar First Aid yang telah diajunrkan oleh pelajar diploma sports studies part 5.

seminar tersebut bermula agak lewat sedikit daripada perancangan awal akibat kelewatan pegawai berkenaan sampai, tetapi alhamduliilah seminar tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya. seminar First Aid ni telah di kendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Kuala Lumpur.

banyak ilmu telah di berikan oleh pegawai tersebut yang mana saya percaya semua ilmu tersebut berguna tidak kira sekarang atau pada masa akan datang, walaupun belum pernah lagi berlaku dalam hidup saya secara tiba-tiba sahabat, kawan, masyarakat atau keluarga saya yang tiba-tiba jatuh pengsan atau tidak sedarkan diri tetapi saya sudah tahu apa yang perlu di lakukan atau tindakan yang perlu di laksanakan jika terjadi perkara seperti ini.

bukan melibatkan pengsan sahaja tetapi jika berlaku kecederaan sama ada besar atau kecil semua telah di ajar dalam seminar ni( tetapi di ajar secara basic sahaja) sepeti patah, melcur, terbakar atau terkoyak. semua pengetahuan saya ini adalah berkat dari ajaran guru saya sebelum ini dan jugak berkat dari ilmu yang di pelajari pagi tadi dan semoga seminar seperti ini akan di teruskan pada masa hadapan untuk kebaikan bersama.

p/s Terima kasih pada En Khaizani, pelajar-pelajar part 5 diploma, PERLU dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung kerana memberi peluang kepada saya untuk menambah ilmu....

Tuesday, February 17, 2009

BERSAWANG LAGI........

salam semua....

aqu dan sesuatu ingin meminta maaf sebab dah lama sangat tidak update blog....
insyaALLAH selepas ni saya akan update blog yang dah BERSAWANG lama......

Wednesday, November 26, 2008

SABAH TANAH AIRKU

salam semua.......
hari ni aqu akan balik sabah....
sabah tanah airku setelah hampir setahun tidak balik...
flight aqu kul 2.00 petang dan insyALLAH akan sampai di Sandakan kul 5.00 petang.....
tidak sabar rasanya mau blik.....
rindu sama kuarga, jiran-jiran, guru-guru sekolah, kawan-kawan dan rakan taulan....
apa-apa pun doakan supaya aqu selamat pergi dan selamat kembali.....
jumpa lagi semua bulan hadapannn.....

Monday, November 24, 2008

MINTA MAAF TEAM TACT

kepada TEAM TACT saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat menolong untuk mejalankan program di one utama kerana telah terlebih dahulu berjanji dengan orang lain untuk menolong melancarkan perjalanan program beliau.

p/s SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF.........

Young Khalifah Survival camp

pada 22-24 November 2008 saya telah berpeluang mengikuti program "Young Khalifah Survival Camp" yang di anjurkan oleh KHALIFAH INSTITUT bertempat di Saujana dusun sg.Pusu Gombak. Ini juga merupakan pengalaman baru bagi diri saya apabila terlibat dengan perkemahan kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun yang mana mereka melakukan aktiviti-akativiti perkhemahan seperti mendirikan khemah, memasak nasi menggunakan kayu api, survival, jungle trekking, solo drop, dan aktiviti yang paling mereka suka adalah mandi sungai (walaupun sungai paras betis) dan war games.

seronok melihat telatah, gelagat, karenah mereka dalam melakukan semua aktivit, walaupun mereka dalam keadaan penat tetapi masih bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti sepanjang program dan kebanyakkan daripada mereka menyataka ini merupakan pengalaman pertama mereka melakukan aktiviti sebegini dalam diri mereka.

saya berasa kagum dengan mereka kerana walau apa jua rintangan dan halangan mereka tempuhi mereka lalui dengan penuh ketabahan dan malah seronok melakukannya dan ini juga merupakan salah asatu objektif program untuk mereka.

sebagai kesimpulan saya betul-betul berasa seronok dapat berpeluang melakukan aktiviti rekreasi dengan mereka dan juga dapat pengalaman baru berdepan dengan kanak-kanak seusia ini di dalam berreakreasi.

Sunday, October 26, 2008

(off record)14 minggu berakhir

assalamualaikum dan salam sejahtera semua........

selepas sahaja 14 minggu berkuliah, maka secara automatik demam akan datang bertandang kepada sesiapa sahaja yang bergelar pelajar universiti atau kolej. walaupun demam tersebut boleh di kategorikan demam yang tidak membawa maut tetapi bisanya sagat dan sangat lagi sangat berbisa daripada bisat semut dan hempapan gajah.

ini kerana demam inilah yang menentukan masa depan pelajar setelah memulas otak, melipat tangan, menembak soalan, membom tidur, dan bermacam-macam lagi lah selama 14 minggu n 1 minggu cuti.

daripada demam ini jugaklah yang akan menentukan seseorang itu berjaya membawa sekeping kertas yang sangat2 di idamkan oleh semua orang yang bergelar pelajar, murid, dan anak didik.

demam tersebut adalah demam menjawab soalan FINAL EXAM.... selamat berFINAL EXAM.......

p/s kepada guru-guru, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara-saudari, teman-teman, rakan-rakan, dan semua yang penjegok-penjegok blog saya mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak (Raya ke-27) dan saya memhon jasa baik kalian semua DOAKAN KEJAYAAN KAMI DALAM FINAL EXAM...... AMIN....