Sunday, September 5, 2010

KALAU GURU


Kalau guru malas membaca, ilmu di ajar tidak tentu punca.
Kalau guru tidak bersedia, dalam kelas banyak bercerita.
Kalau guru sentiasa sibuk, murid di kelas hiruk pikuk.

Kalau guru sentiasa marah,murid keluar tak tentu arah.
Kalau guru tak sukakan pelajar,tidak berkat ilmu yang diajar.
Kalau guru tidak galak mencuba,murid sekadar asyik menerima.

Kalau guru menunggu arah, semua kerja kena kerah.
Kalau guru kenal pelajar, di luar sekolah dia tak liar.
Kalau guru kurang merancang, dalam keras banyak temberang.
Kalau guru banyak tak tahu, bimbinglah dia agar berilmu.
Kalau guru ada kepandaian, bantulah dia dengan kemudahan.
Apa guna menjadi guru, kalau fikiran masih bercelaru.
Apa guna menjadi pelajar, kalau masih berkurang ajar.


P/s kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya semasa di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib II, Sekolah Menengah Teknik Sandakan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan dan Universiti Teknologi Mara saya ucapkan jutaan terima kasih kerana dengan sabar mendidik saya untuk berjaya dan tanpa anda semua saya tidak dapat mencapai apa yang saya impikan... SEKALI LAGI TERIMA KASIH......


No comments: