Wednesday, November 26, 2008

SABAH TANAH AIRKU

salam semua.......
hari ni aqu akan balik sabah....
sabah tanah airku setelah hampir setahun tidak balik...
flight aqu kul 2.00 petang dan insyALLAH akan sampai di Sandakan kul 5.00 petang.....
tidak sabar rasanya mau blik.....
rindu sama kuarga, jiran-jiran, guru-guru sekolah, kawan-kawan dan rakan taulan....
apa-apa pun doakan supaya aqu selamat pergi dan selamat kembali.....
jumpa lagi semua bulan hadapannn.....

Monday, November 24, 2008

MINTA MAAF TEAM TACT

kepada TEAM TACT saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat menolong untuk mejalankan program di one utama kerana telah terlebih dahulu berjanji dengan orang lain untuk menolong melancarkan perjalanan program beliau.

p/s SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF.........

Young Khalifah Survival camp

pada 22-24 November 2008 saya telah berpeluang mengikuti program "Young Khalifah Survival Camp" yang di anjurkan oleh KHALIFAH INSTITUT bertempat di Saujana dusun sg.Pusu Gombak. Ini juga merupakan pengalaman baru bagi diri saya apabila terlibat dengan perkemahan kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun yang mana mereka melakukan aktiviti-akativiti perkhemahan seperti mendirikan khemah, memasak nasi menggunakan kayu api, survival, jungle trekking, solo drop, dan aktiviti yang paling mereka suka adalah mandi sungai (walaupun sungai paras betis) dan war games.

seronok melihat telatah, gelagat, karenah mereka dalam melakukan semua aktivit, walaupun mereka dalam keadaan penat tetapi masih bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti sepanjang program dan kebanyakkan daripada mereka menyataka ini merupakan pengalaman pertama mereka melakukan aktiviti sebegini dalam diri mereka.

saya berasa kagum dengan mereka kerana walau apa jua rintangan dan halangan mereka tempuhi mereka lalui dengan penuh ketabahan dan malah seronok melakukannya dan ini juga merupakan salah asatu objektif program untuk mereka.

sebagai kesimpulan saya betul-betul berasa seronok dapat berpeluang melakukan aktiviti rekreasi dengan mereka dan juga dapat pengalaman baru berdepan dengan kanak-kanak seusia ini di dalam berreakreasi.

Sunday, October 26, 2008

(off record)14 minggu berakhir

assalamualaikum dan salam sejahtera semua........

selepas sahaja 14 minggu berkuliah, maka secara automatik demam akan datang bertandang kepada sesiapa sahaja yang bergelar pelajar universiti atau kolej. walaupun demam tersebut boleh di kategorikan demam yang tidak membawa maut tetapi bisanya sagat dan sangat lagi sangat berbisa daripada bisat semut dan hempapan gajah.

ini kerana demam inilah yang menentukan masa depan pelajar setelah memulas otak, melipat tangan, menembak soalan, membom tidur, dan bermacam-macam lagi lah selama 14 minggu n 1 minggu cuti.

daripada demam ini jugaklah yang akan menentukan seseorang itu berjaya membawa sekeping kertas yang sangat2 di idamkan oleh semua orang yang bergelar pelajar, murid, dan anak didik.

demam tersebut adalah demam menjawab soalan FINAL EXAM.... selamat berFINAL EXAM.......

p/s kepada guru-guru, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara-saudari, teman-teman, rakan-rakan, dan semua yang penjegok-penjegok blog saya mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak (Raya ke-27) dan saya memhon jasa baik kalian semua DOAKAN KEJAYAAN KAMI DALAM FINAL EXAM...... AMIN....

Monday, October 20, 2008

Rossi takluk Sepang


Juara dunia MotoGP, Valentino Rossi menambah koleksi kejuaraannya musim ini kepada sembilan perlumbaan selepas menjuarai Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang, semalam.

Biarpun sudah merangkul gelaran juara dunia seawal 28 September lalu di GP Jepun, Rossi tetap mempamerkan semangat yang tinggi untuk mencipta kemenangan kelimanya di sini - pelumba paling berjaya ketika berlumba di Sepang sejak lapan tahun lalu.

Pelumba dari Itali yang menunggang Yamaha itu mencatat masa 43 minit 06.007 saat dalam perlumbaan 21 lap semalam untuk meninggalkan dua pelumba Honda, Dani Pedrosa dari Sepanyol di tempat kedua dan Andrea Dovizioso dari Itali, ketiga.

pada masa yang sama Rossi berkata Sukar untuk mempercayai saya menang lagi di Sepang buat kali kelima kerana perlumbaan hari ini (semalam) agak sengit di samping cuacanya yang panas.

"Tetapi kelebihan jentera kami adalah ia cukup mantap dan bersesuaian dengan selekoh-selekoh tajam di litar ini. Ia juga hasil kerja keras pasukan yang bertungkus lumus menyediakan jentera yang terbaik di sini," kata Rossi selepas perlumbaan.

Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun

Tanda tanya mengenai kedudukan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun terjawab apabila kerajaan negeri hari ini mengesahkan bahawa ia akan diadakan pada 3 hingga 7 Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kejohanan tersebut akan diteruskan tahun ini membabitkan penyertaan pasukan yang sama seperti sebelum ini.''Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun akan tetap diteruskan seperti dijadualkan,

katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai kejohanan tersebut bersama penganjur T-Best Events di pejabatnya di sini, semalam.

Status penganjuran kejohanan itu sebelum ini masih samar kerana tiada rundingan baru diadakan antara T-Best Events dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu termasuk dari segi persediaan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Coronation yang diadakan sebelum Piala Monsun

Mengikut perjanjian yang dicapai antara T-Best Events dengan Kejohanan Kapal Layar Jelajah World Match Racing Tour (WMRT), Piala Monsun yang dianjurkan sejak 2005 di Pulau Duyong di sini sepatutnya diadakan sehingga 2012.

Brazil penentu

Pemandu Britain, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Formula Satu Grand Prix China tetapi dinafikan kejuaraan dunia oleh pencabar terdekatnya Felipe Massa, yang menamatkan saingan di tempat kedua, semalam.

Pemandu McLaren, Hamilton mendahului sepanjang perlumbaan tetapi dia kekal hanya tujuh mata mengatasi Massa, dan memaksa persaingan bagi kejuaraan dunia kepada perlumbaan terakhir dramatik di Brazil, bulan depan.

"Perlumbaan menakjubkan, kereta pula sungguh seronok untuk dipandu buat saya," kata Hamilton. "Sepanjang minggu kami mendapat tuah dan pasukan melakukan tugas yang baik. Kereta pula cukup cemerlang sepanjang minggu.

Mereka akan buat perhitungan 'siapa juara' Formula Satu di Interlagos bulan depan

UTM juara Bot Varsiti 2008

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus unggul mengekalkan gelaran johan keseluruhan mendayung pada Perlumbaan Bot Varsiti, semalam untuk membawa pulang RM5,000 dan piala.

Pengurus UTM, Abdul Aziz Azizan berkata, pihaknya tidak menyangka pasukan mendayungnya masih mampu menjadi juara keseluruhan kejohanan kali ini, meskipun kurang membuat persediaan.

Pengurus UTM, Abdul Aziz Azizan berkata, pihaknya tidak menyangka pasukan mendayungnya masih mampu menjadi juara keseluruhan kejohanan kali ini, meskipun kurang membuat persediaan.

Ditanya mengenai kehadiran peserta negara luar pada kejohanan tersebut, Abdul Aziz berkata, dia sangat berharap agar lebih banyak universiti dari luar dapat mengambil bahagian.Selain memeriahkan lagi kejohanan, kehadiran mereka juga membakar semangat pasukan tempatan untuk beraksi cemerlang," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan UPSI, Yusri Yusof berkata, kerjasama berpasukan yang erat telah banyak membantu pasukan kayak universiti itu muncul juara keseluruhan pada kejohanan tersebut.

Pasukan ini yang mempunyai 50 orang atlet dan dua orang pengurus telah mula berlatih sejak Januari lalu.

Semangat serta kerjasama jitu telah membantu kami memenangi satu emas, dua perak dan tiga gangsa.

Kami tidak menyangka muncul juara kali ini dan semua atlet sangat gembira serta bersyukur kerana kerja keras selama ini telah membuahkan hasil.

Datuk Nicol cemerlang

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David bagaikan di puncak dunia semalam apabila merampas kembali kejuaraan dunia hanya beberapa jam selepas ditabalkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat tahun ketiga berturut-turut.

Berdepan dengan tekanan hebat penonton di Manchester, England yang memberi sokongan padu kepada jaguh tuan rumah, Vicky Botwright, Nicol mempamerkan semangat kental ketika menang 5-11, 11-1, 11-6, 11-9 ke atas pilihan ke-11 itu.

Kemenangan ini amat bermakna kerana ia menyusul beberapa jam selepas Nicol meraih anugerah Pemain Terbaik Dunia 2008, gelaran ketiga berturut-turut selepas 2006 dan 2007.

Jaguh nombor satu dunia itu mungkin tidak mempamerkan aksi terbaiknya semalam, apabila buat kali pertama dia melepaskan satu set di sepanjang minggu ini, namun kekuatan mental dan keazaman tinggi melayakkannya menutup saingan selaku juara.

Nadal tetap No 1 biarpun tewas

MADRID - Rafael Nadal menjadi pemain tenis pertama Sepanyol yang berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pemain lelaki nombor satu dunia sehingga akhir tahun, meskipun tewas pada separuh akhir tenis Madrid Masters.

Nadal tewas kepada lawannya, Gilles Simon 3-6 7-5 7-6 pada perlawanan kelmarin.
Nadal mengambil alih kedudukan sebagai pemain terbaik dunia daripada Roger Federer pada Ogos lalu.

Harapan pemain Switzerland, Federer untuk muncul sebagai pemenang kali kelima kejuaraan grand slam itu turut musnah setelah ditewaskan oleh Andy Murray.
Bekas pemain nombor satu dunia itu hanya sekadar layak berada di kelompok empat pemain akhir di Madrid dan pencapaian itu tidak mampu untuk membantunya mencapai kembali kedudukan sebagai pemain terbaik ATP.

Kekalahan, kelmarin menjadi kisah duka kali pertama kepada diri Federer apabila gagal muncul sebagai pemain nombor satu dunia sehingga ke akhir tahun, sejak dia mengungguli kedudukan sebagai pemain terbaik dunia pada 2003.

Federer hanya berjaya mencipta satu kejuaraan pada tahun ini iaitu memenangi Terbuka Amerika Syarikat buat kali kelima sepanjang kerjayanya.
"Menjadi pemain nombor satu dunia pada tahun ini merupakan salah satu impian saya dan ia adalah sesuatu yang penting untuk dicapai.
"Lebih daripada itu, jika kamu menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia, ia adalah sesuatu yang lebih istimewa.

"Saya juga berasa amat gembira untuk membawa sesuatu yang lebih besar kepada sukan Sepanyol, yang mana ia merupakan satu sejarah kepada negara dan menjadi tradisi tenis hebat kepada kami," kata Nadal yang kini berusia 22 tahun.

Pemain yang berasal dari Mallorca itu merupakan pemain kidal pertama memperoleh gelaran berprestij itu sejak John McEnroe merangkulnya pada 1984.

Saturday, October 18, 2008

Buru gelaran..

DUA pemain veteran negara, Sairul Amar Ayob (gambar) dan Lee Tsuen Seng bakal mencari gelaran kedua masing-masing apabila beraksi pada Terbuka Belanda 2008, minggu depan.

Sairul, 28, juara Terbuka Belanda 2006, mahu mengulangi kejayaan sama apabila membuka saingan pusingan pertama selaku pilihan utama menentang Raul Must dari Estonia, manakala pilihan keempat, Tsuen Seng, juara edisi 2001, berdepan pemain Belgium, Tan Yuhan.

Cubaan Tsuen Seng, pemain Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), mencari gelaran antarabangsa ketiganya tahun lalu di Terbuka Belanda 2007 tersekat pada separuh akhir selepas kecundang kepada pemain Singapura, Kendrick Lee.

Sebelum itu, Tsuen Seng, 29, menewaskan rakan sepelatih, Sairul pada saingan suku akhir Terbuka Belanda 2007 tetapi Sairul menebus kehampaan dengan menyingkirkan Tsuen Seng di pusingan pertama Terbuka Jepun 2008 di Shibuya, bulan lalu.

p/s comment by Oleh ESME JOHARI WAHAB esme@hmetro.com.my.

Wednesday, October 15, 2008

DI JEMPUT DATANG


Program : Journey Together for a Better Tomorrow
Aktiviti : Kayak dan Lack Crossing
Tempat : Taman Wetland Putrajaya
Tarikh : 18 October 2008 (Sabtu)
Masa : 7:00 pg - 3:00 ptg
Kepada semua bloger-bloger, sahabat-sahabat, kawan-kawan, teman-teman, saudara-saudari, semua di jemput semua datang ke majlis Journey together for a better tomorrow dan untuk pengetahuan semua juga ini merupakan program bagi subjek leisure and disabilities dan
peserta-peserta merupakan daripada golongan orang kurang upaya (OKU).
sesiapa yang berkelapangan pada tersebut sudi-sudikanlah datang.......

Wednesday, September 17, 2008

PASUKAN HOKI???

SATU ketika dulu, ketika pasukan bola sepak Malaysia antara yang digeruni di peringkat Asia, skuad hoki negara pula mencipta nama antara yang gagah di dunia.Mana tidaknya, skuad hoki lelaki kebangsaan pada satu masa dahulu, setanding dengan gergasi sukan itu khususnya Pakistan dan India, dan tidak pernah terlepas ke Sukan Olimpik. Namun, ranking terbaru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menunjukkan satu kemerosotan besar bagi skuad negara yang berada di tangga ke-15 dunia.
Persoalannya, adakah hoki akan mengalami nasib serupa seperti bola sepak?
Dari tahun ke tahun ranking terus menjunam. Skuad hoki Malaysia tidak lagi digeruni dan dihormati di peringkat Asia sekalipun.Ini jelas apabila dalam kalangan negara-negara Asia, Malaysia berada di belakang Korea Selatan (ranking kelima dunia), Pakistan (lapan), India (11) dan Jepun (12).Melihatkan keutamaan yang diberikan kepada sukan hoki oleh Majlis Sukan Negara (MSN), sepatutnya skuad hoki negara, yang merupakan sukan teras, kekal antara pasukan terbaik dunia.MSN memberi mandat kepada Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) untuk memajukan sukan itu melalui pelaksanaan sepenuh projek sukan teras sejak 3 Jun 2005.Namun, hoki tidak menampakkan kemajuan di sebalik pelbagai program yang diusahakan. Skuad hoki lelaki kebangsaan sebelum ini terlepas dua Olimpik apabila gagal layak ke Beijing 2008 dan Athens 2004 selain ke Piala Dunia pada 2006.Bekas kapten pasukan kebangsaan, Mirnawan Nawawi sedih dengan penurunan mutu skuad hoki negara.“Kita sekarang berada di ranking ke-15 dunia sedangkan dulu kita sekurang-kurangnya 12 pasukan terbaik dunia,” katanya.Mirnawan yang bersara daripada arena hoki antarabangsa pada 2002, berkata banyak kesan negatif akan berlaku dengan terus berada di ranking tercorot itu.
Pada Julai lalu, Mirnawan bersama 101 orang terdiri daripada bekas pemain kebangsaan, bekas jurulatih dan bekas pengurus hoki kebangsaan dari era 1950-an hingga 2000, menghantar memorandum kepada beberapa pihak kerana bimbang dengan kemerosotan skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa itu.Memorandum itu turut diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan bagi mendesak kerajaan dan semua pihak yang mendokong sukan itu, supaya berusaha mengembalikan imej hoki negara.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar; Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Pengerusi Panel Penasihat Sukan, Datuk Mazlan Ahmad turut menerima memorandum itu.Hasilnya Ismail Sabri mahu supaya satu kertas cadangan bagi membaiki mutu sukan itu dibuat bagi meletakkan kembali martabat hoki negara di tempat yang sepatutnya.“Selain aspek pengurusan sukan itu di negara ini, kertas cadangan itu juga akan menyentuh mengenai permainan hoki itu sendiriMirnawan berkata, apa yang penting kini ialah skuad kebangsaan perlu membaiki rankingnya dengan mendapatkan keputusan yang baik dalam mana-mana kejohanan mahupun perlawanan persahabatan.

Friday, September 12, 2008

(off record) MAJLIS BERBUKA PUASA





semalam 11 ramadhan 1429 hijrah Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar Uitm (PERLU) telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bertempat di bangunan kolam renang Uitm.



Betul kata En Hisyam coretan di kala senggang majlis sebegini baik untuk bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama ahli tetapi juga dapat megelakkan daripada menjadi "beruk bilik" kerana apa yang kita lakuakan sekarang akan menjadi kenangan dalam hidup kita apabila suatu hari nanti kita bergelar alumni.


dengan melakukan majlis sebegini juga junior-junior macam saya dapat mengenali senior-senior (alumni) yang mana sebelum ini tidak sempat bertemu dengan mereka kerana mereka juga turut serta menjayakan majlis.


sekali lagi terima kasih kepada mereka yang dapat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama serta menunaikan solat sunat terawih beramai-ramai.


tetamu yang hadir

(Penasihat) @ En Hisyam & keluarga, Cik Suhana & En Nassrudin

(Alumni) @ En Mazlin & keluarga, En Rafsan, En Azmi, En Raziff, En Helmi,
En Elham, En Mustakim, En Yasir, En Hafis, Cik Bebika, Cik Sue, En Izamudin & En Nazri

(Ahli) @ Hisyam, Amir, Boyington, Dasri, Shariman, Sofwan, Mubin, Hazriq, Ecah, Elail, Hajar, Dayah, Ija, Atih, Angah, Tengku, Atiq, Lenny, Dilla & Ayu

Wednesday, September 10, 2008

(off record) ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA


semalam 10 sepetember 2008 bersamaan 10 ramadhan 1429 hijrah, seoarang sahabat kita HAIRUL AZMAN BIN ISMAIL (sr221) telah kehilangan ibu yang tercinta.
arwah telah pergi lebih kurang pukul 8.30 pagi dan meninggalkan 3 orang anak.
sama-samalah kita mendoakan agar arwah di tempatkan di sisi orang yang soleha dan aman di sana. AL-FATIHAH.

Monday, September 8, 2008

(off record) DUA DALAM SATU

pada hujung minngu yang lepas saya, Abe, Shown, Boy dan Azmi telah mengisi masa senggang kami dengan aktiviti memancing di Puchong.
kami pergi memancing ikan di Puchong berdekatan dengan rumah abang Malin. Walaupun pada mulanya ikan jugak puasa kerana tidak mahu makan umpan kami tetapi ikan-ikan tersebut telah berbuka awal apabila lebih kurang dalam pukul 5:30 petang ikan2 tersebut telah mula menunjukkan minat untuk merasa umpan kami dan akhirnya satu ekor ikan telah melekat dekat joran abe dan begitulah seterusnya sehingga hari menjelang maghrib.alhamdulillah kami telah dapat ikan dalam lebih kurang 20 ekor,
sesudah pergi memancing kami telah di jemput untuk berbuka puasa di rumah abang Malin, dalam menuju rumah abang malin kami telah singgah di bazar ramadhan untuk membeli sedikit juadah berbuka dan oleh kerana maghrib dah masuk kami telah berbuka puasa di atas bahu jalan dengan air tebu dan kuih. sampai sahaja di umah abang malin beberapa ahli PERLU yang lain telah sampai dan menunggu kami , pa lagi kami pun sambung mengisi perut kerana usus2 dalam perut telah memberontak kelaparan mahukan makanan.
pada malam tersebut kami telah makan makanan yang kami pancing tadi beramai2, dan lebih kurang pukul 10.30 kami pun berlepas pulang ke shah alam.
terima kasih kepada abang Malin kerana sudi menjemput kami ahli dan alumni PERLU berbuka puasa di umah beliau.


p/s sebenarnya aqu tdk ada pun dapat ikan, smua Boy, Abe dan Azmi yang dapat. aqu hanya meninggalkan kesan sahaja di sana.... hehehehehehe

Thursday, September 4, 2008

Apa Nak Jadi

apa saya nak komen di sini berkenaan dengan kes cabul membabitkan seorang pegawai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).
apa nak jadi dengan pegawai tersebut dan sesuai jika di katakan "harapkan pagar, pagar makan padi" kerana telah di beri amanah untuk menjaga atlit tetapi menyalahgunakan kuasa yang di berikan untuk membuat perkara yang tidak elok.
sukan adalah salah satu cara untuk kita membuka mata dunia yang kita tidak boleh di pandang rendah walaupun negara yang kecil, sebagai contoh kita sudah ada pemain-pemain yang berada dalam rangking dunia dalam bidang sukan masing-masing, contohnya Datuk Nicol David berada dalam rangking pertama dunia dalam sukan squash dan Datuk Lee Chong Wei berada dalam rangking ke-2 dunia dalam sukan badminton.
ini sudah membuktikan kita boleh melakukan apa sahaja walaupun negara yang kecil, tetapi kalau beginilah sikap pengawai kita bagaimana kita nak kembangkan lagi bidang industri sukan tanahair kita.
di harap pihakpengurusan yang berkaitan seperti Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan memperketatkan untuk memilih bakal pegawai yang betul-betul boleh di harap dalam membantu memajukan sukan tanahair kerana daripada pemilihan ataupun perlantikan merekalah yang akan mempengaruhi perkembangan sukan negara.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

(OFF RECORD)Post Moterm

semalam PERLU mengadakan post moterm final camp.
alhamdullilah ahli dan alumni yang hadir untuk post moterm tersebut baik jika di bandingkan sebelum ini. banyak pengalaman dan pengajaran yang di perolehi dariapda post moterm tersebut dan di harap segala kekurangan atau kesilapan yang telah di lakukan semasa final camp dapat di perbaiki lagi.
daripada post moterm tersebut saya dan rakan-rakan dapat melihat flow perjalanan aktiviti baik degree mahupun diploma dan nampaknya banyak juga yang perlu di perbaiki dan tidak kurang banyaknya pengalaman baru yang di pelajari.
Sekali lagi TERIMA KASIH kepada semua yang hadir memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut.

p/s kepada 3A dan choki-choki selamat buat kalian...... hehehehehe

Tuesday, September 2, 2008

(off record)LATTA HAMMER

pada 30 - 31 Ogos yang lalu Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar Uitm dan Alumni telah mengadakan perkhemahan di Latta Hammer.
seramai lebih kurang 15 orang telah pergi menyambut hari kemerdekaan dalam rimba, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat,
tanpa mereka tidak merasa lah saya bercamping di Latta Hammer dan mungkin tidak tahu pun kewujudan tempat rekreasi tersebut. Sekali lagi terima kasih.

p/s jangan lupa buat lagi lepas raya ni...... Latta Hammer 3 pulak menanti kedatangan kita.

selamat berjaya atlit paralimpik

atlit paralimpik beijing telah tiba lima hari awal ke Beijing untuk membawa cabaran Malaysia di sukan berprestij di dunia bagi orang kurang upaya.
ketibaan awal kontinjes malaysia seramai 11 atlet paralimpik negara adalah bagi memberi peluang kepada atlit paralimpik menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling terutama cuaca di Beijing.

ini merupakan kali pertama atlet mengadakan persediaan dalam tempoh yang panjang. Mereka menjalani latihan selama enam bulan sebelumpergi bertanding dan di harap masa yang di berikan cukup untuk membawa cabaran Malaysia dalam sukan berprestij ini. antara sukan yang di pertandingkan iaitu memanah, renang, olahraga, perahu layar dan powerlifting.

kami berdoa agar semua atlet negara berjaya dalam acara masing-masing dan sekaligus meningkatkan nama Malaysia di mata dunia dalam acara sukan.

Monday, September 1, 2008

(Off Record) HOSPITAL

hari ini bermulanya seluruh umat islam di Malaysia menuanikan ibadah puasa, semoga ibadah puasa kali ni membawa perubahan kepada kita terutamanya diri saya. SELAMAT BERPUASA....
kawan kita Yasir foo telah di masukkan ke dalam wad hospital klang,
kita doakan semoga dia cepat sembuh dan kembali pulih semula..

p/s aik lain macam ja Tengku masa salam Yasir sebelum balik.. hehehhehehe

Friday, August 29, 2008

bersawang....

bersawang.........
itu yang mampu kukatan sekrang kerana lbh 2 minggu blog ni x pernah di kemaskinikan...
Perkara pertama yang ingin ku katakan di sini aqu mau minta maaf.......
InsyALLAH selepas ini blog ni akan berterusan di kemaskinikan dan di baikpulihkan
walaupun otak tuannya belum baik pulih dari kerosakan.
sekali lagi minta MAAF.

lost.....

Monday, August 11, 2008

Australia and Malaysia bergabung tenaga (PLAN)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata Malaysia dan Australia bakal menjalin kerjasama bagi membangunkan industri ternakan kambing apabila perjanjian mengenainya ditandatangani oleh kedua-dua negara pada akhir minggu ini.

Menurut beliau lagi perjanjian itu akan meliputi kesemua aspek dalam program pembangunan industri ternakan kambing, termasuk sokongan teknikal dan penyelidikan serta pembangunan, dalam pada masa yang sama juga beliau turut berkata Prospek untuk kemajuan dalam sektor ternakan adalah besar, khususnya dalam bidang ternakan kambing jadi mengapa kita mahu melepaskan peluang sebegini yang membawa keuntungan bukan sahaj kepad rakyat tetapi kepada negara.

pada masa yang sama Datuk Mustapa Mohamed kita sangat berminat untuk membangunkan industri kambing di negara ini dengan sokongan dari Australia kerana negara tersebut merupakan salah satu negara yang maju dari segi penyelidikan yang berkaitan dengan kambing.

sebagai sebuah negara yang sesuai untuk menternak kambing maka ini membuka peluang kepada kita untuk mengaut keuntungan sebab kambing adalah pelbagai kegunaan seperti susu kambing, sup tulang kambing, bulu kambing, juga tidak lupa daging kambing.

tindakan kerajaan melaksanakan kerjasama dengan Australia merupakan seautu yang bijak lagi excellent kerana bukan sahaja memikirkan tentang keuntungan masa hadapan tetapi juga dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama negara.
SELAMATTTT.........

Saturday, August 2, 2008

Tahniah berkali-kali lagi buat Datuk Nicol.

di kesempatan ini saya selaku yang terlibat dengan sukan juga mewakili rakan-rakan yang berkitan ingin lagi mengucapkan berkali-kali tahniah buat Datuk Nicol keraja berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dalam kejohanan Masters Singapura, dan pada masa sebelum itu pula telah berjaya dalam kejohanan terbuka Malaysia.

Nicol yang berjaya melayakkan diri selepas menundukkan pemain Ireland, Madeline Perry 11-9,11-4,11-7 di Pusat Skuasy Kallang dan Nicol akan bertemu dengan musuh tradisinya yang juga pemain nombor 3 dunia Rachael Grinham dari Australia.

tidak hanya memerlukan semangat, tanggungjawab, disiplin, masa, kekuatan, dan keupayaan membaca stategi lawan tetapi yang penting adalah keyakinan dan kepercayaan untuk menundukkan lawan adalah salah satu kuasa yang hebat untuk membawa seseorang itu untuk berjaya dan tidak mustahil ini juga yang dilakukan atau diserapkan oleh Nicol dalam hatinya(dirinya).

harapan saya Nicol akan sekali lagi bergelar juara dalam kejohanan terbuka Singapura (Master Singapura) dan akan menang lagi dan lagi sekaligus membuktikkan pada dunia bahawa Malaysia merupakan suatu nama yang patut di geruni oleh mereka dalam acara sukan terutamanya sukan squash......
SELAMATTTTT.........

Tuesday, July 29, 2008

olimpik impian setiaap atlit

untuk melayakkan diri atau bertanding dalam sukan olimpik adalah impian bagi setiap atlit di seluruh dunia. Namun tidak semua atlit bernasib baik untuk melayakkan diri ke sukan tersebut, mereka perlu melepasi sesuatu tahap atau masa yang telah di tetapkan.

bagi atlit Malaysia bagi acara lopat bergalah, Roslinda Samsu kelayakan untuk bertanding di sukan olimpik merupakan satu peluang yang sangat berharga dalam hidupnya kerana dapat beraksi dalam acara sukan yang terbesar di dunia.

Roslinda berkata ''Saya akui prestasi saya pada tahun ini setara sahaja, tetapi di Beijing nanti mungkin prestasi saya akan kembali meningkat,'' katanya pada Majlis Meraikan Atlet Olahraga ke Olimpik di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Roslinda dan dan atlit-atlit negara yang lain yang telah melayakkkan diri mereka beranding di sukan olimpik bukan sahaja membawa harapan rakyat Malaysia untuk melihat mereka membawa pulang emas dalam acara masing-masing, tetapi yang lebih penting ialah mereka membawa nama baik Malaysia di peringkat angtarabangsa.

saya mendoakan atlit-atlit Malaysia yang bertanding di sukan olimpik nanti akan berjaya dalam acara sukan masing-masing dan saya berharap juga mereka tidaklah membuat sesuatu perkara yang kurang sedap di dengar semasa berada di Beijing nanti hinggakan boleh menjatuhkan martabat nama baik Malaysia di peringkat angtarabangsa.

ingatlah setinggi mana piala di julang tinggi lagi martabat di junjung.

SELAMATTTTT.......

Thursday, July 24, 2008

Tahniah buat Nicol.

biarpun baru beberapa minggu mendapat gelaran "datuk" itu sedikitpun tidak menggugat prestasi Nicol N.David tetapi angugerah itu menjadi pemangkin untuk di terus berjaya apabila berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dalam Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Malaysia dengan menewaskan pemain Hong Kong, Rebecca Chiu.

Tahniah Nicol. kejayan anda adalah kejayaan saya dan negara juga.
kemenangan anda adalah kemengan saya dan negara juga.
tunduk tidak beerti kalah......
berundur bukan bererti kalah.......
tersungkur bukan beerti kalah......
terjatuh bukan beerti kalah.......
SELAMAT.......

Sunday, July 20, 2008

LKIM membantu penduduk Tok Bali

tindakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysai (LKIM) yang bakal melaksanakan program akuakultur di Tok Bali Kelantan merupakan satu berita gembira bagi penduduk setempat di sana, ini kerana akibat daripada perlaksanaan program ini penduduk setempat akan dapat menikmati pendapatan sebanyak RM500 sebulan.

program akuakultur Fish Protech ini di jangkakan di laksanakan menjelang Januari tahun depan yang menelan belanja kos RM10 juta dan teknologi ini di datangkan khas dari Australia dan ia mampu mengatasi risiko kematian ikan pada kadar hanya lima peratus berbanding pembiakan dalam sangkar iaitu sehingga 30 peratus.

ini merupakan satu tindakan yang baik kerana melalui perlaksanaan program ini dapat meningkatkan pendapatan, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terutama penduduk miskin tegar. melalui usaha ini juga LKIM juga dapat mencapai tahap pengeluaran ikan yang stabil, di samping kurang bergantung kepada mengimport ikan daripada Indonesia dan Thailand dan mengikut perangkaan LKIM, Malaysia mengimport 171,450.34 tan ikan bernilai RM856 juta dari Januari hingga Jun pada 2005 dan daripada jumlah itu, import dari Thailand sebanyak 105,618.33 tan, manakala Indonesia hanya 15,068.20 tan.

kesudian LKIM melaksanakan program akuakultur ini di Kelantan merupakan satu tindakan yang tepat kerana selain faktor cuaca LKIM juga dapat membantu penduduk setempat dengan memberi peluang pekerjaan dan sekaligus menambah pendapatan penduduk setempat di sana. SELAMATTTT

Mengapa nak membazir

saya baru-baru ni terbaca artikel yang bertajuk "harga tidak munasabah" dalam berita harian keluaran Ahad 20 Julai 2008. ini berikutan mengapa tanda harga RM11 juta untuk Perisian Keputusan Sistem Sukan Malaysia yang terbengkalai?????????

perisian tersebut jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan perisian yang di gunakan untuk sukan yang lebih tinggi (high class) seperti Sukan Komanwel 1998 dan Sukan Sea 2001 akibat daripada itu Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi, berkata gejala menangguk di lubuk emas ini perlu segera ditangani bagi mengelak pembaziran wang berjuta-juta.

dalam pada masa yang sama Datuk Sieh Kok Chi juga turut berkata saya hairan mengapa MSN (Majlis Sukan Negara) tidak menggunakan perisian yang sudah terbukti dan ditawarkan dengan harga RM 1.8 juta sebaliknya memilih perisian baru dengan harga lebih RM 11 juta tetapi belum tentu keberkesanannya.

saya juga sependapat dengan Datuk iaitu mengapa mahu membayar lebih atau menggunakan sesuatu yang mahal yang belum pasti keberkesanannya sedangkan ada yang lebih murah dan terbukti keberkesanannya.

janganlah menjadi perumpamaan seperti gajah di depan mata tidak di nampak tetapi kuman di seberang di nampak. mengapa kita mahu membazirkan wang kerajaan semata-mata untuk sesuatu yang belum pasti, kan elok kita gunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti salurkan kepada sekolah-sekolah sukan di Malaysia ataupun salurkan kepada yang lebih memerlukan, kan ada faedahnya dan ini baru dikatakan sistem pengurusan yang sistematik walaupun saya kadang kala kurang sistematik sikit dalam menjawab soalan "final exam".

wang RM11 juta bukanlah nilai yang sedikit jadi ia mesti di gunakkan sebaik-baiknya untuk kebaikkan atau faedah bersama di masa hadapan. SELAMATTTTT

PAFA menarik nafas lega

dalam akhbar sinar harian keluaran Jumaat bersamaan 18 julai 2008 saya tertarik untuk mengomen sebuah artikel yang bertajuk kerajaan Perak sedia bantu PAFA atau Persatuan Bola Sepak Perak.

menurut Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerajaan negeri bersedia menangani masalah kewangan PAFA jika jumlah hutang badan sukan negeri itu mampu ditanggung oleh pihaknya, namun katanya sehingga sekarang PAFA belum meminta bantuan kewangan atau menyerahkan laporan kewangan seperti di minta oleh kerajaan negeri.

PAFA yang dikatakan sedang mengalami sedikit masalah kewangan sehingga gagal membayar gaji pemain-pemainnya sejak tiga bulan lepas, namun para pemain boleh menarik nafas lega apabila kesudian kerajaan negeri membantu dengan menyalurkan atau menyelesaikan masalah kewangan mereka.

kesudian kerajaan negeri ini membuktikkan bahawa kerajaan negeri selama ini komited dalam membantu atau memperkembangan industri sukan bola sepak negeri Perak khususnya dan negera Malaysia amnya. SELAMATTTTTT

Saturday, July 19, 2008

Jasanya tidak ternilai

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-90 bagi bekas Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan Nelson Mandela. beliau boleh dikatan seorang pemimpin yang berkarliber di mana berjaya membesaskan Afrika Selatan melalui dasar aparteid walaupun beliau telah di penjarakan selama 3 dekat.

lumrah manusia yang di lahirkan telah di tetapkan qada dan qadar mereka dan Ikon pergerakan antiaparteid dan Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan Nelson Mandela kita dapat dilihat apabila masih lagi di takdirkan menjadi pemimpin atau Presiden pertama Afrika Selatan dari tahun 1994 hingga 1999 walaupun telah di penjarakan selama 3 dekat.

kalau kita bangga dengan pemimpin-pemimpin kita terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, iaitu bapa kemerdekaan negara kita, orang atau bangsa Afrika Selatan juga berbangga dengan dikurniakan seorang pemimpin yang berkarliber yang berjaya membuka laluan kepada orang kulit hitam memimpin negara mereka sendiri sekaligus membawa kepada perubahan dalam bangsa mereka yang sebelum ini terkenal sebagai hamba sama ada dalam ataupun luar negara mereka sendiri.

kesimpulannya, tidak ada yang mustahil di dunia ini dan apa yang menimpa dalam diri kita, kita mesti terima dengan redha kerana semua yang ALLAH lakukan kepada kita ada hikmahnya yang baik kepada kita tetapi kita tidak dapat melihatnya bak seperti kata seorang pujangga, jika satu pintu kebahgiaan hatimu tertutup janganlah kamu bersedih kerana seribu pintu kebahgiaan telah terbuka untuk kamu cuma kamu tidak dapat melihat seribu pintu kebahgiaan itu... SELAMATTT

Manusia oh manusia

Manusia pada masa kini manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mecari nafkah dalam menyara kaluarga mereka tidak kira sama ada nafkah tersebut melalui sumber yang halal ataupun sebaliknya dan ada nataranya menjalankan perniagaan yang halal dan pada masa yang sama melakukan perniagaan haram seperti dalam berita harian keluaran 19 Julai 2008 / 16 Rejab 1429 yang mempamerkan tajuk "suami isteri, rakanedar dadah ditahan" yang mengisahkan suami isteri yang menjalankan perniagaan menjual ikan menggunakkan rumah sewa mereka sebagai pusat menyimpan dadah.

Hasil pemeriksaan polis dalam rumah mereka polis merampas 1,360 pil eramin 5, 119.3 gram ketamin, 288 pil ekstasi dan 2.75 gram syabu yang kesemuanya berjumlah RM 30,000. ini merupakan salah satu contoh masyarakat yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengaut keuntungan tidak kira cara yang halal ataupun yang haram.

namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, sebisa-bisa ular kuat lagi buaya menggigit, dan sudah menjadi lumrah alam yang baik di balas dengan yang baik dan yang buruk akan di balas dengan yang buruk dan begitulah nasib suami isteri dan rekanedarnya apabila kegiatan mereka berjaya di hidu oleh pihak polis dan Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

jadi kita di lahirkan sebagai manusia atau hamba ALLAH maka jadilah manusia dengan membuat kebaikan di muka bumi ini dengan sebanyak-banyaknya kerana ingatlah apa yang kita buat itulah yang akan kita akan dapat semula, jika kita berbuat baik kalau bukan sekarang kita dapat maka mungkin anak cucu kita yang akan dapat balasannya dan begitulah sebaliknya kalau kita berbuat jahat kalau bukan kita yang dapat balasannya mungkin anak cucu kita yang dapat balsannya dan ingatlah ALLAH itu maha adil lagi bijaksana. SELAMATTTTTTTTT

Titus membawa cabaran Malaysia

Titus James atau Titus merupakan seorang anak muda Malaysia yang berbakat besar dalam sukan bola sepak dan ini terbukti apabila beliau berjaya memecahkan kepompong dalam industri sukan tanah air apabila berjaya bermain bola sepak untuk kelab di eropah iaitu berpengkalan di Perancis dengan menyertai kelab Divisyen Tiga, Villenoy FC. ini merupakan petanda yang baik dalam industri sukan bola sepak tanah air kita.

kesudian titus dalam menyertai skuad kebangsaan bawah 23 tahun untuk menentang pasukan chelsea dalam Jelajah Asia Chelsea-Malaysia 2008 di bawah pimpinan Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan membuka ruang untuk pasukan kebangsaan memperbaiki atau meningkatkan lagi pencapaian pasukan dengan mempelajari sesuatu daripada anak muda ini yang telah terdedah dengan pengalaman bermain di eropah.

dalam pada masa yang sama jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan B.Sathianathan berkata Saya memang sentiasa menginginkan pemain itu "Titus James" berada dalam skuad saya sejak saya membimbing skuad Bawah 23. Namun dia lebih memberi komitmen untuk menghadiri ujian bersama beberapa kelab dari Perancis.

dengan kebolehan dan pengalaman bermain di eropah yang mana menjadi idaman setiap pemain untuk bermain di sana boleh di gunakan oleh titus untuk menentang pasukan chelsea dan sekaligus dapat memperbaiki nama Malaysia dalam industri sukan bola sepak di mata dunia.

di harap dengan kehadiran Titus James dalam pasukan bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun yang bakal berdepang dengan pasukan chelsea dapat memberi suntikan semangat baru kepada para pemain agar dapat mempertingkatkan prestasi permainan mereka dengan mengambil contoh Titus James. SELAMATTTTTTTTT

Friday, July 11, 2008

Terciptanya aqu dan sesuatu

hari ni bermulalah sejarah dalam hidupku apabila sebuah blog yang tidak pernah terlintas atau terfikir atau terbayang atau terrrr dan lagi terrrr telah wujud lama hidupku,- (eh ehleh macam dah kahwin pulak aqu). mana taknya sebelum ni aqu asyik baca blog orang lain ja tapi tidak ada blog sendiri, tetapi aqu besyukur kerana yang dulunya aqu yang buta IT telah tahu memanfaatkan IT sekaligus membawa IT ke dalam sebahagian hidupku( maksudnya dulu tidak pandai guna blog).

ndak di jadikan cerita juga aqu dan sesuatu merupakan coretan untuk aqu memenuhi keperluan bagi subjek Media Relation dalam kursus aqu di Universiti di samping meluahkan isi perutku (isi hatiku) yang tenggelam dalam jiwaku. setakat ini dulu bagi permulaan tulisan aqu dan sebelum jari2ku menamatkan pejelajahannya di atas keyboard aqu harap ini adalah satu permulaan yang baik bagi aku meningkatkan, menaikkan, mengangkat, diriku kearah kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang, oleh kerana jari2ku belum penat untuk menamatkan penjelajahannya maka aqu juga ingin meminta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk mendoakan kesihatan dan kejayaan aqu pada masa akan datang, dan doa aqu juga sentiasa bersama kalian....,

ok lah nampaknya jari2ku dah memenatkan dirinya untuk menamatkan tulisan aqu ini dan di harap ini blog ini akan menjadi pencetus untuk kita semua maju jaya. SELAMATTTTTTTTT


SEKIAN WASSALAM.........................