Monday, October 20, 2008

Rossi takluk Sepang


Juara dunia MotoGP, Valentino Rossi menambah koleksi kejuaraannya musim ini kepada sembilan perlumbaan selepas menjuarai Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang, semalam.

Biarpun sudah merangkul gelaran juara dunia seawal 28 September lalu di GP Jepun, Rossi tetap mempamerkan semangat yang tinggi untuk mencipta kemenangan kelimanya di sini - pelumba paling berjaya ketika berlumba di Sepang sejak lapan tahun lalu.

Pelumba dari Itali yang menunggang Yamaha itu mencatat masa 43 minit 06.007 saat dalam perlumbaan 21 lap semalam untuk meninggalkan dua pelumba Honda, Dani Pedrosa dari Sepanyol di tempat kedua dan Andrea Dovizioso dari Itali, ketiga.

pada masa yang sama Rossi berkata Sukar untuk mempercayai saya menang lagi di Sepang buat kali kelima kerana perlumbaan hari ini (semalam) agak sengit di samping cuacanya yang panas.

"Tetapi kelebihan jentera kami adalah ia cukup mantap dan bersesuaian dengan selekoh-selekoh tajam di litar ini. Ia juga hasil kerja keras pasukan yang bertungkus lumus menyediakan jentera yang terbaik di sini," kata Rossi selepas perlumbaan.