Monday, October 20, 2008

Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun

Tanda tanya mengenai kedudukan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun terjawab apabila kerajaan negeri hari ini mengesahkan bahawa ia akan diadakan pada 3 hingga 7 Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kejohanan tersebut akan diteruskan tahun ini membabitkan penyertaan pasukan yang sama seperti sebelum ini.''Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun akan tetap diteruskan seperti dijadualkan,

katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai kejohanan tersebut bersama penganjur T-Best Events di pejabatnya di sini, semalam.

Status penganjuran kejohanan itu sebelum ini masih samar kerana tiada rundingan baru diadakan antara T-Best Events dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu termasuk dari segi persediaan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Coronation yang diadakan sebelum Piala Monsun

Mengikut perjanjian yang dicapai antara T-Best Events dengan Kejohanan Kapal Layar Jelajah World Match Racing Tour (WMRT), Piala Monsun yang dianjurkan sejak 2005 di Pulau Duyong di sini sepatutnya diadakan sehingga 2012.