Monday, October 20, 2008

Nadal tetap No 1 biarpun tewas

MADRID - Rafael Nadal menjadi pemain tenis pertama Sepanyol yang berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pemain lelaki nombor satu dunia sehingga akhir tahun, meskipun tewas pada separuh akhir tenis Madrid Masters.

Nadal tewas kepada lawannya, Gilles Simon 3-6 7-5 7-6 pada perlawanan kelmarin.
Nadal mengambil alih kedudukan sebagai pemain terbaik dunia daripada Roger Federer pada Ogos lalu.

Harapan pemain Switzerland, Federer untuk muncul sebagai pemenang kali kelima kejuaraan grand slam itu turut musnah setelah ditewaskan oleh Andy Murray.
Bekas pemain nombor satu dunia itu hanya sekadar layak berada di kelompok empat pemain akhir di Madrid dan pencapaian itu tidak mampu untuk membantunya mencapai kembali kedudukan sebagai pemain terbaik ATP.

Kekalahan, kelmarin menjadi kisah duka kali pertama kepada diri Federer apabila gagal muncul sebagai pemain nombor satu dunia sehingga ke akhir tahun, sejak dia mengungguli kedudukan sebagai pemain terbaik dunia pada 2003.

Federer hanya berjaya mencipta satu kejuaraan pada tahun ini iaitu memenangi Terbuka Amerika Syarikat buat kali kelima sepanjang kerjayanya.
"Menjadi pemain nombor satu dunia pada tahun ini merupakan salah satu impian saya dan ia adalah sesuatu yang penting untuk dicapai.
"Lebih daripada itu, jika kamu menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia, ia adalah sesuatu yang lebih istimewa.

"Saya juga berasa amat gembira untuk membawa sesuatu yang lebih besar kepada sukan Sepanyol, yang mana ia merupakan satu sejarah kepada negara dan menjadi tradisi tenis hebat kepada kami," kata Nadal yang kini berusia 22 tahun.

Pemain yang berasal dari Mallorca itu merupakan pemain kidal pertama memperoleh gelaran berprestij itu sejak John McEnroe merangkulnya pada 1984.

2 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

ko ni keje ngan bernama, ke berita harian...asyik publish keratan srtkhbr je...nk jadi wartawan la tu,hehehe...

aQu daN SesuAtu said...

dua2 pn bukan lan...
sebenarnya smua ni....
karangan aqu...
tp news writer ni yang tiru..
hehehehehehe