Saturday, October 18, 2008

Buru gelaran..

DUA pemain veteran negara, Sairul Amar Ayob (gambar) dan Lee Tsuen Seng bakal mencari gelaran kedua masing-masing apabila beraksi pada Terbuka Belanda 2008, minggu depan.

Sairul, 28, juara Terbuka Belanda 2006, mahu mengulangi kejayaan sama apabila membuka saingan pusingan pertama selaku pilihan utama menentang Raul Must dari Estonia, manakala pilihan keempat, Tsuen Seng, juara edisi 2001, berdepan pemain Belgium, Tan Yuhan.

Cubaan Tsuen Seng, pemain Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), mencari gelaran antarabangsa ketiganya tahun lalu di Terbuka Belanda 2007 tersekat pada separuh akhir selepas kecundang kepada pemain Singapura, Kendrick Lee.

Sebelum itu, Tsuen Seng, 29, menewaskan rakan sepelatih, Sairul pada saingan suku akhir Terbuka Belanda 2007 tetapi Sairul menebus kehampaan dengan menyingkirkan Tsuen Seng di pusingan pertama Terbuka Jepun 2008 di Shibuya, bulan lalu.

p/s comment by Oleh ESME JOHARI WAHAB esme@hmetro.com.my.

No comments: