Monday, October 20, 2008

Datuk Nicol cemerlang

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David bagaikan di puncak dunia semalam apabila merampas kembali kejuaraan dunia hanya beberapa jam selepas ditabalkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat tahun ketiga berturut-turut.

Berdepan dengan tekanan hebat penonton di Manchester, England yang memberi sokongan padu kepada jaguh tuan rumah, Vicky Botwright, Nicol mempamerkan semangat kental ketika menang 5-11, 11-1, 11-6, 11-9 ke atas pilihan ke-11 itu.

Kemenangan ini amat bermakna kerana ia menyusul beberapa jam selepas Nicol meraih anugerah Pemain Terbaik Dunia 2008, gelaran ketiga berturut-turut selepas 2006 dan 2007.

Jaguh nombor satu dunia itu mungkin tidak mempamerkan aksi terbaiknya semalam, apabila buat kali pertama dia melepaskan satu set di sepanjang minggu ini, namun kekuatan mental dan keazaman tinggi melayakkannya menutup saingan selaku juara.

No comments: