Wednesday, September 17, 2008

PASUKAN HOKI???

SATU ketika dulu, ketika pasukan bola sepak Malaysia antara yang digeruni di peringkat Asia, skuad hoki negara pula mencipta nama antara yang gagah di dunia.Mana tidaknya, skuad hoki lelaki kebangsaan pada satu masa dahulu, setanding dengan gergasi sukan itu khususnya Pakistan dan India, dan tidak pernah terlepas ke Sukan Olimpik. Namun, ranking terbaru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menunjukkan satu kemerosotan besar bagi skuad negara yang berada di tangga ke-15 dunia.
Persoalannya, adakah hoki akan mengalami nasib serupa seperti bola sepak?
Dari tahun ke tahun ranking terus menjunam. Skuad hoki Malaysia tidak lagi digeruni dan dihormati di peringkat Asia sekalipun.Ini jelas apabila dalam kalangan negara-negara Asia, Malaysia berada di belakang Korea Selatan (ranking kelima dunia), Pakistan (lapan), India (11) dan Jepun (12).Melihatkan keutamaan yang diberikan kepada sukan hoki oleh Majlis Sukan Negara (MSN), sepatutnya skuad hoki negara, yang merupakan sukan teras, kekal antara pasukan terbaik dunia.MSN memberi mandat kepada Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) untuk memajukan sukan itu melalui pelaksanaan sepenuh projek sukan teras sejak 3 Jun 2005.Namun, hoki tidak menampakkan kemajuan di sebalik pelbagai program yang diusahakan. Skuad hoki lelaki kebangsaan sebelum ini terlepas dua Olimpik apabila gagal layak ke Beijing 2008 dan Athens 2004 selain ke Piala Dunia pada 2006.Bekas kapten pasukan kebangsaan, Mirnawan Nawawi sedih dengan penurunan mutu skuad hoki negara.“Kita sekarang berada di ranking ke-15 dunia sedangkan dulu kita sekurang-kurangnya 12 pasukan terbaik dunia,” katanya.Mirnawan yang bersara daripada arena hoki antarabangsa pada 2002, berkata banyak kesan negatif akan berlaku dengan terus berada di ranking tercorot itu.
Pada Julai lalu, Mirnawan bersama 101 orang terdiri daripada bekas pemain kebangsaan, bekas jurulatih dan bekas pengurus hoki kebangsaan dari era 1950-an hingga 2000, menghantar memorandum kepada beberapa pihak kerana bimbang dengan kemerosotan skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa itu.Memorandum itu turut diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan bagi mendesak kerajaan dan semua pihak yang mendokong sukan itu, supaya berusaha mengembalikan imej hoki negara.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar; Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Pengerusi Panel Penasihat Sukan, Datuk Mazlan Ahmad turut menerima memorandum itu.Hasilnya Ismail Sabri mahu supaya satu kertas cadangan bagi membaiki mutu sukan itu dibuat bagi meletakkan kembali martabat hoki negara di tempat yang sepatutnya.“Selain aspek pengurusan sukan itu di negara ini, kertas cadangan itu juga akan menyentuh mengenai permainan hoki itu sendiriMirnawan berkata, apa yang penting kini ialah skuad kebangsaan perlu membaiki rankingnya dengan mendapatkan keputusan yang baik dalam mana-mana kejohanan mahupun perlawanan persahabatan.

6 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

ko dulu main hoki ke boxer...
emm, mmg ada masalah terutama dari atlet hoki tu sndiri...atlet hoki skrg x mcm atlet hoki dahulu...


salam rekreasi...

yokohamarinos said...

sama ada prestasi kita menurun... ataupun semua pasukan lain sudah semakin maju beberapa langkah ke hadapan...

**fRy laDy** said...

wei das!!
apsal tlis nme ak kt list blogger tuh 'aka TY'???
haaa???????????
dh r nme btol ak slh....

nettyelv said...

mgkin juga masalah punca dari atlit tu sendiri tapi mgkin jg tidak..rasa nya, semua pihak perlu bekerjasama bagi memantapkan lagi sukan hoki di negara kita ini. Diharapkan Mirnawan dapat memikirkan sesuatu yg dpt selesaikan masalah ini. HiDUP hOKi!! ;)

Izzwan Salleh said...

aku tau sket2 r psl cte nie sbb kwn2 rmai dlm team hoki kbgsn skng..
bnyk mslh antre sbb skuad hoki kbgsn ni mnurun...
pgurusan skng pn truk..sme sbuk pk duit dr pntingkn prestasi team..
pas2 yg pling ktare displin pmain kbgsn skng truk klu nk d'bndkn dgn dlu..

aishahadnan said...

SALAM KEPADA SEMUA AHLI PERLU, ALUMNI DAN SEMUA YANG DIHORMATI,
PERSATUAN PEMBIMBING REKREASI LUAR UITM AKAN MENGADAKAN KURSUS FIRST AID DAN C.P.R KEMUNGKINAN
PADA: 25 OKTOBER 2008 ATAU SELEPAS FINAL EXAM.
BAYARAN: RM60 SEORANG.
TEMPAT: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI.
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:

ECAH : 017 248 4513
SOFWAN: 0176749900
SELEWAT2NYA: 19 OKTOBER 2008 / A.S.A.P

TQ..