Monday, September 6, 2010

BIJAK MERANCANG

Bijiak merancang adalah sesuatu yang amat penting untuk menentukan atau memacu seseorang atau sesebuah syarikat kearah kejayaan. Daripada perancanganlah sesuatu perkara atau majlis itu berjalan dengan lancar dan jayanya. Daripada Perancangan juga akan memotivasikan seseorang untuk terus berjaya dan terus berusaha.

Jika kita lihat sesuatu syarikat yang berjaya, syarikat tersebut akan mempunyai perancangan iaitu perancangan jangka masa panjang dan perancangan jangka masa pendek dan ini membuktikan bahawa pentingnya sesebuah perancangan dalam perniagaan. Ini juga membuktikan bahawa perancangan adalah sesuatu yang penting untuk sesebuah syarikat itu terus berjaya atau gulung tukar.

Bukan sahaja syarikat, dalam kehidupan seharian juga kita kena bijak dalam merancang lebihlebih lagi sekarang ini musim perayaan. Kita kena bijak merancang dengan membeli atau menggunakan sesuatu itu ikut kemampuan kita, jagan main ikut perasaan kerana buruk padahnya. Bukan sahaja perancangan kewangan, perancangan masa untuk membeli keperluan ataupun barang kegunaan untuk hari raya juga penting. Sebagai contoh kita merancang masa yang mana pada masa kita pergi membeli-belah tidak ramai orang yang membeli sama atau sesak agar memudahkan atau memberi kita keselesaan dalam memilih atau membeli keperluan hari raya.

Perancangan perjalanan balik kampung juga amat penting untuk memastikan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Sebagai contoh perancangan dalam perjalanan adalah dengan memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan, memilih masa yang sesuai untuk balik kampung, memandu dengan perlahan dan berhati-hati, serta mempunyai rehat yang secukupnya. Ini semua amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan serta berjumpa dengan orang yang tersayang dengan selamat.

Sebagai kesimpulannya, bijak merancang amat penting untuk membantu tidak kira dalam kehidupan seharian ataupun syarikat terus maju dan berjaya. Tanpa perancangan kita sesuatu majlis itu akan menjadi huru-hara atau tidak teratur dan ini akan memberikan tanggapan yang serong atau tidak elok daripada para tetamu. SELAMAT MERANCANG

p/s : sebenarnya saya tulis ini khas untuk diri saya apabila tidak merancang untuk membeli pakaian hari raya. Akibat suka membeli keperluan pada masa-masa akhir menyebabkan baju melayu yang saya hendak beli telah habis dan terpaksa membeli "design" lain..... HENTAM SAHAJA LAH LABU.... Harap-harap baju raya dan seluar jeans raya yang saya hendak beli masih ada stok, kalu tidak gigit jari lah jawabnya...

2 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

tak payah pakai baju melayu...gi smyg raye pakai baju PERLU je... mcm2 kaler ada, biru, merah, hijau, biru air laut, hehehe...

aQu daN SesuAtu said...

hehehehe...
raya setahun sekali...
so kena pakai hencem2 sikit..