Thursday, September 9, 2010

MALANG TIDAK BERBAU

pada 8 hb September 2010 bersamaan 29 Ramdhan 1431Hijrah saya bersama John @ Hazriq ingin pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli pakaian hari raya, dalam perjalanan tersebut kami bertembung dengan satu kemalangan yang melibatkan motorsikal berdekatan kedai menjual kereta NAZA atau NAZA WORLD..

Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 2.30 petang di mana kemalangan tersebut melibatkan sepasang suami isteri dan seorang pemuda yang berusia dalam lingkungan 20 an. Ini merupakan pengalaman pertama saya menyaksikan secara lansung kemalangan yang melibatkan motorsikal. Sungguh kasihan saya melihat pasangan suami isteri tersebut yang mana si suami terlibat dengan patah tulang tibia dan si isteri pula pada pandangan saya kemungkinan dislocate manakala lelaki yang berusia 20 an badan beliau bercalar-balar.

"Sediakan payung sebelum hujan", satu pengajaran saya dapat belajar daripada kejadian ini walaupun bantuan tersebuat amat kecil. Benarlah kata penceramah "First Aid Class" yang saya ikuti bahawa kain pembalut seti tiga atau kain anduh kalau boleh hendaklah sentiasa berada dalam kenderaan anda kerana mungkin ia sangat perlu dalam sesebuah kemalangan.

Walaupun kain ini nampak remeh temeh tetapi ia dapat membatu lebih-lebih lagi yang melibatkan patah tulang atau melibatkan pendarahan terbuka kerana ia boleh mengurangkan pendarahan dan pergerakan sebagai contoh kecederaan atau luka yang melibatkan kepala, tangan, dan juga kaki.

Pada masa kejadian, si suami telah kekejangan tangan memengang atau menahan pendarahan di kakinya dan meminta tolong jika sesiapa ada kain untuk mengurangkan pendarahan tersebut, dan saya tersentak kerana tidak dapat membekalkannya kain untuk membalut atau mengurangkan pendarahan tersebut. Daripada sini saya mempelajari sesuatu bahawa penting kita sentiasa membawa kain segi tiga atau andu sebagai persiapan.

Satu lagi perkara yang menarik tentang kejadian ini adalah tidak kira kaum melayu, cina atau india semua telah datang memberikan bantuan. Sebagai contoh saya lihat seorang lelaki india telah menolong dengan mengawal lalulintas agar penunggang motorsikal tidak mengurangkan kelajuan dan tidak melanggar mangsa yang sedang duduk di atas jalan. Seorang lelaki cina telah datang kepada saya meanyakan jika sudah menelefon ambulans atau tidak kerana dia ingin memberikan bantuan juga dengan menelefon ambulans.

akhir sekali John telah menggantikan india tersebut mengawal lalulintas sehinggahlah ambulans sampai dan mangsa di bawa ke hospital.. Apa-apa pun takziah kepada mangsa kerana menerima ujian sebegini lebih-lebih lagi dekat dengan musim perayaan di mana mangsa pun akan turut menyambutnya. Saya doakan semoga mangsa cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan seharian dengan gembira di samping keluarga..

1 comment:

Apize said...

alamak bro..blog x update ler...apa nie?