Sunday, October 26, 2008

(off record)14 minggu berakhir

assalamualaikum dan salam sejahtera semua........

selepas sahaja 14 minggu berkuliah, maka secara automatik demam akan datang bertandang kepada sesiapa sahaja yang bergelar pelajar universiti atau kolej. walaupun demam tersebut boleh di kategorikan demam yang tidak membawa maut tetapi bisanya sagat dan sangat lagi sangat berbisa daripada bisat semut dan hempapan gajah.

ini kerana demam inilah yang menentukan masa depan pelajar setelah memulas otak, melipat tangan, menembak soalan, membom tidur, dan bermacam-macam lagi lah selama 14 minggu n 1 minggu cuti.

daripada demam ini jugaklah yang akan menentukan seseorang itu berjaya membawa sekeping kertas yang sangat2 di idamkan oleh semua orang yang bergelar pelajar, murid, dan anak didik.

demam tersebut adalah demam menjawab soalan FINAL EXAM.... selamat berFINAL EXAM.......

p/s kepada guru-guru, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara-saudari, teman-teman, rakan-rakan, dan semua yang penjegok-penjegok blog saya mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak (Raya ke-27) dan saya memhon jasa baik kalian semua DOAKAN KEJAYAAN KAMI DALAM FINAL EXAM...... AMIN....

Monday, October 20, 2008

Rossi takluk Sepang


Juara dunia MotoGP, Valentino Rossi menambah koleksi kejuaraannya musim ini kepada sembilan perlumbaan selepas menjuarai Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang, semalam.

Biarpun sudah merangkul gelaran juara dunia seawal 28 September lalu di GP Jepun, Rossi tetap mempamerkan semangat yang tinggi untuk mencipta kemenangan kelimanya di sini - pelumba paling berjaya ketika berlumba di Sepang sejak lapan tahun lalu.

Pelumba dari Itali yang menunggang Yamaha itu mencatat masa 43 minit 06.007 saat dalam perlumbaan 21 lap semalam untuk meninggalkan dua pelumba Honda, Dani Pedrosa dari Sepanyol di tempat kedua dan Andrea Dovizioso dari Itali, ketiga.

pada masa yang sama Rossi berkata Sukar untuk mempercayai saya menang lagi di Sepang buat kali kelima kerana perlumbaan hari ini (semalam) agak sengit di samping cuacanya yang panas.

"Tetapi kelebihan jentera kami adalah ia cukup mantap dan bersesuaian dengan selekoh-selekoh tajam di litar ini. Ia juga hasil kerja keras pasukan yang bertungkus lumus menyediakan jentera yang terbaik di sini," kata Rossi selepas perlumbaan.

Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun

Tanda tanya mengenai kedudukan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun terjawab apabila kerajaan negeri hari ini mengesahkan bahawa ia akan diadakan pada 3 hingga 7 Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kejohanan tersebut akan diteruskan tahun ini membabitkan penyertaan pasukan yang sama seperti sebelum ini.''Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun akan tetap diteruskan seperti dijadualkan,

katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai kejohanan tersebut bersama penganjur T-Best Events di pejabatnya di sini, semalam.

Status penganjuran kejohanan itu sebelum ini masih samar kerana tiada rundingan baru diadakan antara T-Best Events dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu termasuk dari segi persediaan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Coronation yang diadakan sebelum Piala Monsun

Mengikut perjanjian yang dicapai antara T-Best Events dengan Kejohanan Kapal Layar Jelajah World Match Racing Tour (WMRT), Piala Monsun yang dianjurkan sejak 2005 di Pulau Duyong di sini sepatutnya diadakan sehingga 2012.

Brazil penentu

Pemandu Britain, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Formula Satu Grand Prix China tetapi dinafikan kejuaraan dunia oleh pencabar terdekatnya Felipe Massa, yang menamatkan saingan di tempat kedua, semalam.

Pemandu McLaren, Hamilton mendahului sepanjang perlumbaan tetapi dia kekal hanya tujuh mata mengatasi Massa, dan memaksa persaingan bagi kejuaraan dunia kepada perlumbaan terakhir dramatik di Brazil, bulan depan.

"Perlumbaan menakjubkan, kereta pula sungguh seronok untuk dipandu buat saya," kata Hamilton. "Sepanjang minggu kami mendapat tuah dan pasukan melakukan tugas yang baik. Kereta pula cukup cemerlang sepanjang minggu.

Mereka akan buat perhitungan 'siapa juara' Formula Satu di Interlagos bulan depan

UTM juara Bot Varsiti 2008

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus unggul mengekalkan gelaran johan keseluruhan mendayung pada Perlumbaan Bot Varsiti, semalam untuk membawa pulang RM5,000 dan piala.

Pengurus UTM, Abdul Aziz Azizan berkata, pihaknya tidak menyangka pasukan mendayungnya masih mampu menjadi juara keseluruhan kejohanan kali ini, meskipun kurang membuat persediaan.

Pengurus UTM, Abdul Aziz Azizan berkata, pihaknya tidak menyangka pasukan mendayungnya masih mampu menjadi juara keseluruhan kejohanan kali ini, meskipun kurang membuat persediaan.

Ditanya mengenai kehadiran peserta negara luar pada kejohanan tersebut, Abdul Aziz berkata, dia sangat berharap agar lebih banyak universiti dari luar dapat mengambil bahagian.Selain memeriahkan lagi kejohanan, kehadiran mereka juga membakar semangat pasukan tempatan untuk beraksi cemerlang," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan UPSI, Yusri Yusof berkata, kerjasama berpasukan yang erat telah banyak membantu pasukan kayak universiti itu muncul juara keseluruhan pada kejohanan tersebut.

Pasukan ini yang mempunyai 50 orang atlet dan dua orang pengurus telah mula berlatih sejak Januari lalu.

Semangat serta kerjasama jitu telah membantu kami memenangi satu emas, dua perak dan tiga gangsa.

Kami tidak menyangka muncul juara kali ini dan semua atlet sangat gembira serta bersyukur kerana kerja keras selama ini telah membuahkan hasil.

Datuk Nicol cemerlang

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David bagaikan di puncak dunia semalam apabila merampas kembali kejuaraan dunia hanya beberapa jam selepas ditabalkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat tahun ketiga berturut-turut.

Berdepan dengan tekanan hebat penonton di Manchester, England yang memberi sokongan padu kepada jaguh tuan rumah, Vicky Botwright, Nicol mempamerkan semangat kental ketika menang 5-11, 11-1, 11-6, 11-9 ke atas pilihan ke-11 itu.

Kemenangan ini amat bermakna kerana ia menyusul beberapa jam selepas Nicol meraih anugerah Pemain Terbaik Dunia 2008, gelaran ketiga berturut-turut selepas 2006 dan 2007.

Jaguh nombor satu dunia itu mungkin tidak mempamerkan aksi terbaiknya semalam, apabila buat kali pertama dia melepaskan satu set di sepanjang minggu ini, namun kekuatan mental dan keazaman tinggi melayakkannya menutup saingan selaku juara.

Nadal tetap No 1 biarpun tewas

MADRID - Rafael Nadal menjadi pemain tenis pertama Sepanyol yang berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pemain lelaki nombor satu dunia sehingga akhir tahun, meskipun tewas pada separuh akhir tenis Madrid Masters.

Nadal tewas kepada lawannya, Gilles Simon 3-6 7-5 7-6 pada perlawanan kelmarin.
Nadal mengambil alih kedudukan sebagai pemain terbaik dunia daripada Roger Federer pada Ogos lalu.

Harapan pemain Switzerland, Federer untuk muncul sebagai pemenang kali kelima kejuaraan grand slam itu turut musnah setelah ditewaskan oleh Andy Murray.
Bekas pemain nombor satu dunia itu hanya sekadar layak berada di kelompok empat pemain akhir di Madrid dan pencapaian itu tidak mampu untuk membantunya mencapai kembali kedudukan sebagai pemain terbaik ATP.

Kekalahan, kelmarin menjadi kisah duka kali pertama kepada diri Federer apabila gagal muncul sebagai pemain nombor satu dunia sehingga ke akhir tahun, sejak dia mengungguli kedudukan sebagai pemain terbaik dunia pada 2003.

Federer hanya berjaya mencipta satu kejuaraan pada tahun ini iaitu memenangi Terbuka Amerika Syarikat buat kali kelima sepanjang kerjayanya.
"Menjadi pemain nombor satu dunia pada tahun ini merupakan salah satu impian saya dan ia adalah sesuatu yang penting untuk dicapai.
"Lebih daripada itu, jika kamu menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia, ia adalah sesuatu yang lebih istimewa.

"Saya juga berasa amat gembira untuk membawa sesuatu yang lebih besar kepada sukan Sepanyol, yang mana ia merupakan satu sejarah kepada negara dan menjadi tradisi tenis hebat kepada kami," kata Nadal yang kini berusia 22 tahun.

Pemain yang berasal dari Mallorca itu merupakan pemain kidal pertama memperoleh gelaran berprestij itu sejak John McEnroe merangkulnya pada 1984.

Saturday, October 18, 2008

Buru gelaran..

DUA pemain veteran negara, Sairul Amar Ayob (gambar) dan Lee Tsuen Seng bakal mencari gelaran kedua masing-masing apabila beraksi pada Terbuka Belanda 2008, minggu depan.

Sairul, 28, juara Terbuka Belanda 2006, mahu mengulangi kejayaan sama apabila membuka saingan pusingan pertama selaku pilihan utama menentang Raul Must dari Estonia, manakala pilihan keempat, Tsuen Seng, juara edisi 2001, berdepan pemain Belgium, Tan Yuhan.

Cubaan Tsuen Seng, pemain Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), mencari gelaran antarabangsa ketiganya tahun lalu di Terbuka Belanda 2007 tersekat pada separuh akhir selepas kecundang kepada pemain Singapura, Kendrick Lee.

Sebelum itu, Tsuen Seng, 29, menewaskan rakan sepelatih, Sairul pada saingan suku akhir Terbuka Belanda 2007 tetapi Sairul menebus kehampaan dengan menyingkirkan Tsuen Seng di pusingan pertama Terbuka Jepun 2008 di Shibuya, bulan lalu.

p/s comment by Oleh ESME JOHARI WAHAB esme@hmetro.com.my.

Wednesday, October 15, 2008

DI JEMPUT DATANG


Program : Journey Together for a Better Tomorrow
Aktiviti : Kayak dan Lack Crossing
Tempat : Taman Wetland Putrajaya
Tarikh : 18 October 2008 (Sabtu)
Masa : 7:00 pg - 3:00 ptg
Kepada semua bloger-bloger, sahabat-sahabat, kawan-kawan, teman-teman, saudara-saudari, semua di jemput semua datang ke majlis Journey together for a better tomorrow dan untuk pengetahuan semua juga ini merupakan program bagi subjek leisure and disabilities dan
peserta-peserta merupakan daripada golongan orang kurang upaya (OKU).
sesiapa yang berkelapangan pada tersebut sudi-sudikanlah datang.......